Miccos 2007 Commodity Hunt
MICCOS 2007 Amazing Commodity Hunt telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Mei 2007 (Sabtu) yang lalu. Acara ini telah dirasmikan Y.Bhg. Datu Dr Michael Dosim Lunjew, Ketua Setiausaha KPPK. Semua peserta telah dilepaskan seawal 8.00 pagi di Dataran KPPK, Putrajaya.
Penyertaan adalah amat menggalakkan melibatkan 67 buah kereta membabitkan 268 peserta yang terdiri daripada warga kerja kementerian, agensi di bawah kementerian, syarikat korporat dan orang awam. Penyertaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Satu untuk kakitangan Kementerian dan agensi melibatkan 43 buah kereta, manakala Kategori Dua untuk orang awam dan agensi-agensi swasta melibatkan 24 buah kereta.
Tempat pertama, kedua dan ketiga bagi Kategori Satu masing-masingnya telah dimenangi oleh Kumpulan Commodity United dari KPPK, MREPC 1 dari MREPC dan MPOB F-1 Extra dari MPOB. Bagi Kategori Dua pula, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Pening Kepala Lagi, tempat kedua Better Late Than Never dan tempat ketiga 3 Guys 1 Girl dari British American Tobacco.
Hadiah-hadiah telah disampaikan Y.Bhg. Datu Dr Michael Dosim Lunjew, Ketua Setiausaha KPPK, En. Abd Aziz Mohamed, Setiausaha Bahagian Industri Koko dan Lada, KPPK dan Hj. Mohd Zain Omar, Penasihat Menteri KPPK.